AUTOPILOT Bisnes Anda Dengan SOP
Adakah Anda Mengawal Bisnes Anda Atau
Bisnes Anda Mengawal Anda?
Program ini akan memperkenalkan anda mengenai SOP, Standard Operating Procedure atau Prosedur Operasi Piawai bagi mewujudkan set dokumentasi yang betul bagi kesemua aktiviti bisnes demi mempertingkatkan pertumbuhan bisnes anda. Syarikat PKS yang mempunyai SOP yang sempurna akan membawa kepada kemampanan perniagaan yang lebih stabil dan menjadi lebih berdaya saing di pasaran kerana produktiviti yang tinggi. Di akhir program ini, anda mampu merancang SOP mengikut kesesuaian model perniagaan masing-masing.
Siapa Perlu Hadir
• Usahawan PKS baru/sedia ada dan individu yang ingin mengetahu prinsip asas perancangan SOP.
• Persatuan/NGO/Komuniti Perniagaan.
Objektif
• Untuk memberi pendedahan kepada para usahawan PKS kepentingan SOP dalam meningkatkan pertumbuhan bisnes.
• Membolehkan usahawan PKS merancang SOP mengikut kesesuaian model perniagaan masing-masing.
Modul Program
• Pengenalan kepada Prosedur Operasi Piawai.
• Mengapa/kenapa syarikat PKS perlu mewujudkan SOP.
• Skop SOP untuk pertumbuhan perniagaan: Pemasaran, Pengeluaran, Kewangan, Pentadbiran, Sistem Kualiti dan lain-lain.
• Proses pembangunan SOP dan langkah-langkah praktikal yang perlu diikuti dan apakah yang diperlukan untuk menyempurnakan pembangunan SOP.
• Tips untuk pembangunan dan peningkatan SOP.
Manual Penyediaan SOP Akan Diberikan Semasa Program